Pahang beri subsidi RM11 untuk 5,000 kampit beras 10kg

- Advertisement -

PELANGAI: Kerajaan negeri Pahang kekal komited dalam memastikan keperluan asas rakyat seperti beras sentiasa mencukupi.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang sentiasa cakna terhadap kebajikan dengan mewujudkan inisiatif-inisiatif khas seperti peruntukan subsidi untuk rakyat di negeri ini.

“Beras Makmur untuk semua,

“Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk memberi subsidi RM11 untuk 5,000 kampit beras 10kg.

“Mari dapatkan Beras Makmur di Dataran Pelangai, Simpang Pelangai”, katanya.

Dalam pada itu katanya lagi, subsidi beras bukan satu perkara yang baru.

“Sebelum ini pun kerajaan negeri ada memberi bantuan subsidi kepada penduduk-penduduk Tioman yang berulang-alik menggunakan feri dimana kita memberi diskaun sebanyak 50 peratus, jadi ini ialah perkara biasa.

“Kita semua tahu bahawa beras adalah makanan keselamatan dan kita tahu ketika ini ada sedikit yang mengatakan bekalan di pasaran agak kurang jadi oleh sebab itulah kerajaan negeri tampil kedepan dan kita membantu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 Tahun 2023, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang dan Fajar Majestic Sdn Bhd Majlis Pelancaran dan Jualan Beras Makmur bertempat di Dataran Simpang Pelangai, Bentong, pada Khamis.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat