PM Lawat MOF Tinjau Persiapan Bajet 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meninjau persiapan penyediaan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Beliau yang tiba di pekarangan kompleks berkenaan pada pukul 12 tengah hari, disambut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir dua timbalan menteri kewangan iaitu Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa. 

Bernama melaporkan, Ismail Sabri kemudiannya bertemu dan beramah mesra dengan pegawai serta petugas Kementerian Kewangan yang terbabit dalam penyediaan Bajet 2023, sebelum meninjau ke bilik operasi penyediaan bajet.

Bajet 2023 dijadual dibentangkan oleh Tengku Zafrul di Dewan Rakyat pada 4 petang esok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat