Utusan Perbetul Kenyataan PM, Petik Luar Konteks

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Akhbar Utusan Malaysia hari ini memperbetul tajuk berita yang dipetik luar konteks.

Kata akhbar itu, merujuk kepada tajuk berita ‘Politik Melaka: Pembangkang tidak hormat MoU’ di muka 2 Utusan Malaysia hari ini, 6 Oktober 2021, ia dipetik di luar konteks.

“Tajuk berkenaan bukan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sebaliknya Perdana Menteri berharap situasi politik negara kembali stabil biarpun berlaku pergolakan politik di Melaka,” kata Utusan.

Maksud sebenar ialah Ismail Sabri yakin ketidaktentuan politik negara reda semula selepas kerajaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak pembangkang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat