PRN Melaka: KKM sedia berdepan keadaan paling buruk, sebaiknya tiada pilihan raya – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui akan bersiap sedia untuk berdepan keadaan paling buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebaiknya dinasihatkan tiada pilihan raya dilakukan.

“Kita bersedia untuk keadaan yang paling teruk.

“Seperti di Sabah, kami nasihatkan supaya tiada pilihan raya kerana kita masih belum pulih (daripada kes COVID-19),” katanya memetik Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau bimbang keadaan di Melaka lebih buruk?

Noor Hisham berkata, ” Semasa pilihan raya Sabah, kita ada kes dua angka.

“Sekarang, Melaka rekodkan lebih 200 kes setiap hari.”

Lebih tepat, Melaka mencatatkan purata 259 kes untuk tujuh hari terakhir.

Setakat ini, sebanyak 59,610 kes dicatatkan di negeri itu sejak pandemik melanda tahun lalu.

Pilihan raya Melaka mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula awal minggu ini.

DUN Melaka dibubarkan selepas ketua menteri yang hilang majoriti, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menasihatkan pembubaran kepada Yang di- Pertua Negeri, dilihat bagi menghalang Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.

Kerajaan hilang majoriti selepas bekas ketua menteri, Datuk Seri Idris Haron dan tiga lagi Adun menarik balik sokongan terhadap Sulaiman dan kerajaan serta dikatakan mahu membentuk kerajaan bersama PH.

Menurut kajian, pilihan raya negeri Sabah menyebabkan kemunculan gelombang ketiga COVID-19.

Dianggarkan hampir 3,000 kes baru disebabkan oleh pilihan raya itu dalam beberapa minggu selepas pengundian tamat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat