Bebas Zahid tukar reformasi kepada ‘reformati’, tata kelola jadi ‘tata ke laut’- KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah ternyata sungguh mengejutkan meskipun ia telah lama dijangka.

Bahkan sempena ulang tahun ke-25 reformasi pada 4 September 2023, keputusan perbicaraan kes Zahid sekali gus menjadikan reformasi telah dibatu nisankan,” kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Inilah harga yang perlu dibayar untuk whatever this government is, untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

“Saya pun rasa kesian kepada Anwar kerana Isnin (4 September) ialah ulang tahun ke-25 reformasi, tapi hari itu (reformasi) dibatu nisankan, jadi reformati.

“This man has suffered become PM dan kalau kita tengok kepada pembentukan karektor kamu mesti mahu pengakhiran yang baik untuk beliau dan dia kena usung benda ini,” tempelak Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang di muat naik pada Rabu.

Beliau malah mempersendakan agenda perjuangan kerajaan untuk meningkatkan tata kelola yang baik kini telah berubah menjadi ‘tata ke laut’.

Khairy bahkan menjangkakan beliau mungkin akan keluar selama-lamanya daripada arena politik.

“It is depressing, saya rasa begitu sedih bahawa kita dah sampai tahap ini.

“Mungkin perkiraan Perdana Menteri dalam tempoh 3,4 tahun lagi orang pun dah lupa akan ada isu baru, skandal, play baru dia buat perkiraan benda buruk lepaskan dulu,” katanya.

Jelas Khairy, dalam kes Zahid bukan mahkamah yang putuskan keputusan untuk menghentikan prosiding sebaliknya ia adalah kuasa mutlak Peguam Negara.

“Kes Zahid bukan mahkamah putuskan keputusan hentikan prosiding adalah kuasa mutlak Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam kes ini sama ada Peguam Negara dapat arahan ataupun tidak, tapi walaupun kita tak boleh membuat tuduhan tapi come on, kita tidak lahir semalam.

“Bila dah ada prima facie kes, bela la diri, take it to the end kenapa bila dah ada prima facie pendakawa raya tarik balik kes tersebut? Kalau ada memo gunalah dalam pembelaan.

“Ada surat kepada Peguam Negara tak ubah prima facie, nak tutup kes.

“Matlamat menghalalkan cara kononnya DNAA- boleh tuduh kemudian, tapi saya rasa dia tak akan dituduuh semula,” dakwanya.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno, mempersoalkan sekarang siapa lagi nak memperjuangkan reformasi institusi dan kini tak ada siapa lagi nak percaya good governans dan tata kelola dan tadbir urus lagi

“Malaysia ke mana selepas ini? soal Shahril.

Tambah beliau, mungkin beliau (Anwar) dan penyokongnya rasa ini harga yang okey untuk mereka bayar kerana Anawr akan jadi Perdana Menteri yang hebat dan beliau akan menyelamatkan ekonomi Malaysia dan akan buat macam-macam yang hebat untuk Malaysia.

“Kalau dapat itu pun apa yang berlaku semalam orang tak akan lupa.

“Kesilapan, mungkin pertimbangan PRU16 tiga, empat tahun lagi tapi saya tak rasa rakyat Malaysia akan lupa perkara ini,” tegas Shahril yang melabelkan kes Zahid telah mengubah Malaysia kepada negara berasaskan kompromi.

“We are not nation of hope, principal, ideas anymore we are the nation of compromises dan semalam kita adalah negara yang berasaskan kompromi,” katanya.

Shahril juga mempersoalkan ke mana lagi harapan rakyat Malaysia akan ditaruhkan selepas kes Zahid dibebaskan.

“Perjuangan PH selama ini ialah tata kelola, kini di mana orang nak taruh harapan lagi? soalnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat