Perjuangan Reformasi kini sudah tinggal kenangan – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa menyifatkan perjuangan reformasi yang dimomokkan selama ini sudah gagal.

Katanya lagi, ia sudah tinggal kenangan dan bukan satu realiti lagi.

Menurut Annuar, malah lebih parah dari era kleptokrat yang di tentang dulu kini dipertahankan dan cuba disucikan.

“Tidak sukar bagi rakyat biasa membuat rumusan bahawa Reformasi yang di momokkan selama ini sudah gagal

“Dan kleptokrasi(Kerajaan yang terdiri dari mereka yang suka mengaut laba dan mencuri kekayaan negara) di bawa ke dalam kerajaan dan mula bercambah segar. Kalangan kontrator terdengar semula keperluan memberi tuntutan “Dana Politik” kepada pihak tertentu .” tulis beliau di Facebooknya pada Sabtu.

Ujar Annuar yang kini ahli PAS, dikalangan Pemimpin umno mula beri taklimat kononnya Ketua Bahagian dapat peruntukan RM2.0 juta utk projek kecil dan nak diagihkan kalangan Penyokong.

Ada juga yang menahan ‘Letter of intent (LOI) Letter of Award (LOA)’ kerana meminta TOL beberapa persen sehingga projek tergendala dan kelewatan.

Selain Kleptokrasi bercambah, kerajaan semakin ketara memperagakan sifat kakistokrasi (Pemimpin dgn sifat hopeless dan tak tahu mentadbir) apabila kebanyakan portfolio gagal menunjukkan prestasi yg cemerlang.

“Janji tidak tertunai dalam situasi janji baru terus di tabur,sehingga menjadi sindiran rakyat di mana mana saja kita pergi.

“Perang kempen kerajaan seolah olah ‘one man show’. Dan ‘one man’ itu menghadapi masalah ketirisan kepercayaan (trust deficit) yang kronik

“Usaha membina ‘personality cult’ dengan siri kempen menggunakan jentera dan dana kerajaan yang boros dicemuh rakyat. Poster gergasi dengan wajah pemimpin terpaksa di kawal pihak keselamatan kerana terdapat pihak yang tidak dapat mengawal kemarahan mereka.” Jelas Annuar.

Menurut Annuar lagi, secara keseluruhan sasaran kempen tertumpu untuk memecah belah undi Melayu dan mengelakkan pengundi Melayu bersatu dan menjadi penentu.

“Gerakan memperlekeh gerakan Islam dan sentimen orang Melayu cuba di ugut dengan larangan 3R melalui beberapa tindakan keras pada tokoh tokoh tertentu.

“Pada masa yang sama gula gula politik dan unsur ‘cash is king’ dibawa semula dengan harapan hati rakyat dapat di beli dengan harga RM100, RM200 dan RM300.

“Ringkasnya reformasi hanya tinggal satu kenangan bukan lagi realiti, malah lebih parah dari era kleptokrat yg di tentang dulu. kleptokrat di pertahankan dan cuba disucikan.

“kini terserah kepada rakyat untuk menentukan Malaysia pada akan datang.. suara rakyat yang bersatu dan penuh keberanian, bakal membawa malaysia yg lebih baharu.. sesiapa yang mahu mengganti perlu benar benar jujur dan membawa reformasi yang sejati dan sengoti.” Katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat