UMNO Akan Terus Bertanding Bawah BN, Tolak Cadangan Solo – Zahid

- Advertisement -

LUMUT – UMNO tidak akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya kekal bersama Barisan Nasional (BN) sebagai landasan utama perjuangannya, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut 2025, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa parti itu akan terus menggunakan simbol dacing BN dan tidak akan mengetepikan mana-mana parti komponen gabungan termasuk MCA, MIC, PBRS dan Pakatan Harapan (PH).

“Desakan supaya UMNO bertanding secara solo bukan perkara baharu. Ia turut disuarakan semalam ketika saya berada di Johor, sama seperti yang dilaungkan di Kedah.

“Terdapat resolusi daripada beberapa bahagian yang seolah-olah menyalahkan kehadiran rakan-rakan gabungan dalam BN dan PH sebagai punca kekalahan kita.

“Tetapi hakikatnya, UMNO tidak pernah bertanding secara bersendirian sejak ditubuhkan,” katanya.

Zahid turut menafikan bahawa kerjasama dengan parti gabungan lain menjadi punca kepada kekalahan UMNO dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa kerjasama merupakan asas kekuatan parti.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menyuarakan pendirian sama, menegaskan bahawa UMNO akan terus memilih pendekatan kerjasama dan tidak akan bertanding secara solo dalam PRU akan datang.

Asyraf berkata sejarah telah membuktikan bahawa kekuatan UMNO terletak pada gabungan politik yang mantap, terutama dalam menghadapi cabaran politik negara yang sentiasa berubah

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat