Dakwaan Anwar menjerit dalam mesyuarat adalah pembohongan Rafizi, sumpah Ahli MPP PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Dakwaan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjerit selama hampir 20 minit dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti disangkal keras oleh dua Ahli MPP yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Ahli MPP PKR, Dr. Maszlee Malik menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai tidak berasas dan keterlaluan, malah melabelkannya sebagai pembohongan atau halusinasi.

“Wallahi wa Tallahi wa Billahi, YAB DS Presiden Keadilan tidak seminit pun menjerit dalam mesyuarat terakhir MPP berhubung Pemilihan parti,”* tegas Maszlee dalam kenyataan di Facebook malam tadi.

“Siapa yang mengatakan bahawa Presiden Keadilan menjerit memarahinya selama 20 minit pada mesyuarat tersebut, sama ada beliau menipu, ataupun beliau berhalusinasi atau penghidap Skizofrenia yang kronik,”* tambahnya.

Maszlee turut menyatakan bahawa beliau dan majoriti Ahli MPP yang lain menjadi saksi bahawa tiada sebarang pertikaman lidah atau jeritan sebagaimana digambarkan Rafizi dalam satu episod podcast baru-baru ini.

Turut senada ialah Ahli MPP, Amin Ahmad yang melalui ciapan ringkas di platform X berkata:

“Saya pun hadir. Tak tahu pula ada gaduh besar. Tak rasa ada tinggi suara sampai dekat setengah jam.”

Dakwaan Rafizi sebelum ini menarik perhatian apabila beliau mendakwa telah dimarahi dengan nada tinggi oleh Presiden PKR dalam satu mesyuarat, ekoran tegurannya terhadap sistem pengundian digital parti yang didakwanya tidak telus.

Beliau juga mempertikaikan aspek teknikal sistem tersebut termasuk kod sumber, pelayan (server), dan blockchain yang didakwa berisiko dimanipulasi.

Namun penafian dua Ahli MPP tersebut menimbulkan persoalan baharu sama ada insiden sebenar berlaku seperti yang digambarkan oleh Rafizi, atau ia sekadar persepsi peribadi yang diputar belit di ruang awam.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim berhubung dakwaan mahupun penafian tersebut.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat