“Chentaku” Nyanyian Zizan Razak dan SonaOne Raih 1 Billion Tontonan di TikTok

- Advertisement -

Selepas tujuh tahun dilancarkan, lagu “Chentaku” nyanyian Zizan Razak bersama SonaOne, terbitan label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment, berjaya meraih 1 billion tontonan di TikTok. Lagu yang turut mendapat sentuhan Joe Flizzow ini telah tular dan menjadi trending di laman media sosial tersebut.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram Rocketfuel Entertainment, Zizan menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga kerana lagu ini berjaya menambat hati peminat tanpa mengira latar belakang dan golongan biarpun sudah beberapa tahun dilancarkan.

“Walaupun dah bertahun-tahun lamanya, lagu ‘Chentaku’ masih lagi relevan dan ianya diterima tak kira umur dan golongan,” kata Zizan.

Zizan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menghasilkan kandungan menggunakan lagu “Chentaku” sehingga berjaya meraih 1 billion tontonan.

“Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang buat content dengan menggunakan lagu ‘Chentaku’. Hasil daripada content-content yang dibuat tu, lagu itu berjaya mencecah 1 billion (tontonan) yang merupakan satu angka yang sangat besar,” kata Zizan penuh teruja.

Menerusi laman Instagram, Rocketfuel Entertainment turut berkongsi potongan klip video TikTok para ‘influencer’ dan selebriti yang turut menggunakan lagu “Chentaku” dalam video mereka. Antara yang menggunakan lagu tersebut ialah Mimi Lana, Syafiq Kyle, Merqeen, Leona, Imranbard, Sherry Alhadad, Nabila Razali malah Alan Walker dan ramai lagi. Dalam masa yang sama, video lirik lagu ini juga sudah menghampiri 10 juta tontonan pada saluran YouTube Rocketfuel Network selepas tujuh tahun dilancarkan.

“Chentaku” dilancarkan pada tahun 2017 dan mengisahkan seorang jejaka yang jatuh cinta pandang pertama dan berusaha untuk mendekati gadis tersebut. Bagaimanapun, cinta itu hanya dari jauh dan rasa malu menyelubungi diri masing-masing tatkala pertama kali bertemu.

Lagu ini dicipta oleh SonaOne dan Joe Flizzow bertindak sebagai penerbit eksekutif. Lirik lagu ini pula ditulis sendiri oleh Zizan Razak bersama Joe Flizzow.

Anda boleh terus strim lagu “Chentaku” di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta terus menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat