Lelaki Serang dan Ketuk Kepala Isteri Bekas Adun

- Advertisement -

BAYAN LEPAS – Gara-gara tidak berpuas hati anaknya dituduh mencuri, seorang bapa bertindak menyerang pemilik kedai runcit di Jalan Datuk Ismail Hashim, Sungai Ara di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 1.40 itu, lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk kepala wanita berkenaan yang juga isteri kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Azrul Mahathir berkata, terdahulu isterinya didatangi lelaki yang tidak dikenali di kedai runcit itu sebelum bertanya mengenai tuduhan bahawa anak perempuannya mencuri di premis berkenaan.

Isterinya kemudian mengakui ada menangkap murid sekolah yang dianggarkan berusia 11 tahun di premis itu, ketika kanak-kanak terbabit dipercayai mencuri dengan memasukkan makanan ringan ke dalam beg.

“Tidak lama selepas kanak-kanak itu beredar, lelaki berkenaan masuk ke dalam kedai dan menyerang dengan mengetuk kepala isteri saya.

“Dia cuba mengetuk kepala isteri kali kedua namun berjaya dielak sebelum isteri meminta pekerja kedai menelefon polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum beredar, lelaki terbabit juga memberitahu bahawa dia akan datang semula ke kedai itu bersama isterinya.

“Susulan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Teluk Kumbar pada jam 4.50 petang tadi bagi tindakan dan keselamatan isteri serta pekerja premis.

“Memang tidak wajar sekiranya lelaki melakukan tindakan demikian terhadap seorang wanita.

“Kejadian itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan,” katanya lagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 kanun yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat