Bayi baru lahir di Pahang akan terima RM300 – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan Pahang Pride Kid 2023, di Hospital Kuala Lipis sebentar tadi.

Menerusi kenyataan Facebooknya, Wan Rosdy berkata, setiap bayi yang baru dilahirkan akan menerima RM300 yang berupa pakej barangan bayi bernilai RM50, simpanan tunai RM 100 dan gold bar Anak Kebangaan Pahang bernilai RM150.

Jelas beliau lagi, kerajaan negeri Pahang memperuntukan sebanyak RM7.5 juta yang akan memberi manfaat kepada 25,000 kelahiran.

“Semalam saya di Kuantan, hari ini pagi-pagi lagi saya sudah di Hospital Lipis bagi Pelancaran Pahang Pride Kid 2023.

“Tahun lepas Kerajaan Negeri Pahang sudah laksanakan program ini.

“Tahun ni kita naikkan RM300 bagi setiap kelahiran berupa pakej barangan bayi bernilai RM50, simpanan tunai sebanyak RM100 dan gold bar Anak Kebanggaan Pahang bernilai RM150 dengan peruntukan sebanyak RM 7.5 juta yang akan memberi manfaat kepada 25,000 kelahiran.

“Moga bantuan ini dapat meringankan golongan sasaran dan menambah jumlah rakyat di negeri ini, insya-Allah.” katanya.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat