Agong Berkenan Kurnia Anugerah JMN Kepada Ketua Pengarah JAKIM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Hakimah mendahului senarai 300 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023, pada istiadat pengurniaan di Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Turut dikurniakan Darjah JMN ialah bekas Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Datuk Zaihan Shukri, Pengarah Pusat Kesenian dan Warisan Universiti Sultan Zainal Abidin Prof Madya Dr Sahar Sa’di Hashim dan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya Prof Dr Kamila Ghazali dan bekas Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Ir Tauran Zaidi Bin Ahmad Zaidi.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Makhota (JSM) kepada 44 individu serta Darjah Johan Setia Diraja (JSD) kepada Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Muhammad Abdul Halim.

Seri Paduka juga berkenan menganugerahkan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 57 individu dan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Mohd Husni Yusop.

Pada istiadat itu pembaca berita TV3 Pang Chinn Fei dan personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM) Terrence Joseph Dassb, merupakan antara 60 individu yang dikurniakan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN).

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 65 individu dan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD) kepada 67 individu.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat