Tiada Jajaran Baharu, ‘No Anwar, No Dap, No Bersatu Masih Terpakai’ – Khaled Nordin

- Advertisement -

PETALING JAYA: UMNO masih mengekalkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu ‘No Anwar, No DAP, No Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)’.

Ini berikutan wujud dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan jajaran baharu yang bakal dibentuk UMNO nanti dijangka melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tidak pernah berbincang mengenai jajaran baharu itu melibatkan PH atau sebaliknya.

“Tidak pernah bincang soal itu. Yang masih terpakai ialah No Anwar, No DAP, No Bersatu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Minggu lalu, akhbar ini me­laporkan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi keyakinan kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bahawa pemimpin parti itu akan kembali menjadi Perdana Menteri dalam jajaran baharu yang bakal dibentuk.

Perkara itu dinyatakan Pre­siden UMNO itu dalam pertemuan bersama ahli MT sebagai menyokong usaha UMNO menarik balik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun menurut sumber, Ahmad Zahid tidak menghuraikan lebih lanjut siapa rakan gabungannya untuk membentuk kerajaan baharu.

Dalam pada itu, ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohd. Shakar Shamsudin berkata, sesiapa pun boleh me­ngatakan apa sahaja, tetapi sebarang cadangan perlu melalui prosesnya yang sedia ada.

Katanya, UMNO bukanlah hak individu tetapi sebarang cadangan perlu mempunyai pro­ses daripada peringkat bahagian, MT dan seterusnya Perhimpunan Agung UMNO.

“Oleh itu, ia adalah keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan mana boleh ditukar-tukar. Kita mesti tetap pada No Anwar, No DAP dan No Bersatu.

“Apa sahaja kelulusan atau persetujuan di peringkat pembuat dasar parti iaitu melalui MT dan Perhimpunan Agung UMNO. Jika tidak melalui itu, hanya boleh ‘cakap-cakap’ sahaja.

“Sesiapa sahaja boleh bercakap, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), DAP bahkan saya sendiri, tetapi ia mesti dibawa di MT. Mudah sahaja,” katanya. – UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat