Sesi Parlimen 5 hari ‘penipuan’, tiada perbahasan terbuka – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memendekkan sidang Parlimen dilihat sebagai satu penipuan selain tidak mempunyai sebarang petunjuk akan berlaku sesi pembahasan secara terbuka.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang mengingatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak memperalatkan Speaker Dewan Rakyat berhubung Sidang Khas Parlimen.

“Sidang Parlimen kebiasaannya untuk memastikan kerajaan itu ditadbir mengikut peraturan supaya tiada salah guna kuasa termasuk mengenal pasti adanya proses semak dan imbang. Tiada petunjuk bahawa akan ada perbahasan yang terbuka.

“Saya memberi peringatan kepada Perdana Menteri dan kerajaan … jangan peralatkan Speaker Dewan Rakyat dan kita tidak akan pandang ringan soal Covid-19, soal kebajikan rakyat dan salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi rakaman video pada Selasa.

Pesiden PKR itu pada masa sama memberi amaran keras kepada kerajaan agar tidak menggunakan kuasa sesuka hati tanpa berpandukan kepada prinsip asas demkorasi berparlimen.

Tegasnya Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, sidang Parlimen merupakan platform bagi menyuarakan aspirasi rakyat selain menentukan keabsahan sesebuah pentadbiran kerajaan.

Anwar turut mendakwa, keputusan membuka semula Parlimen itu juga berikutan desakan yang dibuat pihak pembangkang serta Raja-Raja Melayu.

Baru-baru ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan memaklumkan Sidang Khas Parlimen akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat