Puad Zarkashi Yakin UMNO Keluar Kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin parti itu akan keluar serta menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Sinar Harian, kenyakinan itu adalah berdasarkan pendirian setiap ahli MKT UMNO untuk meneruskan langkah tersebut, malah lebih awal iaitu sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos.

Mohd Puad dalam masa sama juga percaya bahawa satu mesyuarat MKT UMNO akan diadakan dalam masa terdekat yang dilakukan secara maya bagi membincangkan situasi berkenaan.

“Biro Politik UMNO memang memberi tempoh 14 hari untuk kerajaan PN memenuhi kata dua kami supaya sidang Parlimen dibuka semula secepat mungkin. Ia tamat hari ini, tetapi oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD), maka tarikh mesyuarat belum dapat ditentukan lagi.

“Saya yakin MKT UMNO akan bermesyuarat secara maya dalam masa terdekat untuk memuktamadkan keputusan PAU UMNO 2020 iaitu parti akan tetap menarik balik sokongan daripada kerajaan PN paling lewat 1 Ogos 2021,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian UMNO yang sebelum ini memberi tempoh selama 14 hari terhadap kerajaan bagi memutuskan tarikh pembukaan sidang parlimen.

Mengulas lanjut katanya, tindakan itu bukan satu perkara yang memeranjatkan jika berlaku ekoran ia telah dibincangkan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Malah beliau turut menyatakan, kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Isnin berhubung tarikh pembukaan sidang Parlimen juga tidak akan mengubah pendirian UMNO.

Tegasnya lagi, UMNO tidak mahu terlibat dengan kegagalan kerajaan PN terutamanya sikap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat sukar menerima pandangan UMNO.

Pada 26 Jun lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat