Minta maaf dalam tempoh 24 jam atau atau laporan polis besar-besaran – Pemuda PAS beritahu Kit Siang

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS memberi amaran kepada Lim Kit Siang supaya tidak bersikap kurang ajar dan memutar belit maksud ‘Kerajaan Allah’ yang ditulis Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketuanya, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, semua orang Islam mengetahui, maksud ‘Kerajaan Allah’ yang ditulis oleh Presiden PAS adalah kekuasaan Allah, bukan merujuk kepada mana-mana kerajaan di dunia, bahkan Malaysia, baik kerajaan Perikatan Nasional (PN) apatah lagi kerajaan gagal Pakatan Harapan (PH).

“Lim Kit Siang bukan sahaja salah dan memutar belitkan maksud perkataan tersebut, malah beliau bertindak menghina ‘Kerajaan Allah’ sebagai kerajaan gagal dalam melawan pandemik. Sudahlah memutar belit, menghina pula?

“Pemuda PAS memberi amaran kepada Kit Siang dan menuntut supaya permohonan maaf secara terbuka dibuat terhadap umat Islam dalam tempoh 24 jam.

“Sekiranya gagal, satu laporan polis akan dibuat besar-besaran atas provokasi dan penghinaan kepada umat Islam,” tegas beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional.

Tambah Khairil Nizam lagi, bukanlah sesuatu yang pelik bagi pemimpin parti seangkatan dengan Kit Siang menghina Islam dan Allah.

” Sekiranya kebiadaban ini dibiar berterusan, keamanan dan keharmonian negara akan terus tergugat akibat mulut lancang dan penghinaan golongan ini.

“Pemuda PAS menggesa tindakan berat dikenakan ke atas mereka yang cuba menggugat keharmonian negara,” katanya.

Semalam pada Isnin, veteran DAP itu menulis dalam blognya, “If ‘Allah’s government’ is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government” .

Terjemahannya bermaksud, “Sekiranya “Kerajaan Allah” adalah bentuk pemerintahan terbaik dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia dalam senarai bawah dalam indeks global ekonomi berbanding Hong Kong, New Zealand, Korea Selatan, China, Jepun, Rusia, Thailand , Singapura, Vietnam dan Taiwan yang semuanya tidak pernah mengaku “Kerajaan Allah”.

Carian artikel di Facebook dan blog Kit Siang berkenaan hantaran berkenaan telah dipadam malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat