Agong Hargai AS Sumbang Sejuta Dos Pfizer

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan sejuta dos vaksin Pfizer bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Istana Negara dalam kenyataan pada Selasa berkata, bekalan vaksin berkenaan tiba di Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang menerusi penerbangan Raya Airways pada jam 8.10 pagi kelmarin, sehari selepas sambutan ulang tahun ke-245 kemerdekaan Amerika Syarikat.

“Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada 80 juta dos yang telah dijanjikan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden kepada negara-negara maju dan membangun.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Sains, Tenologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba atas pelaksanaan kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin ini.

Menjunjung titah Seri Paduka Baginda, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk
Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, turut menyampaikan ucapan terima kasih Baginda kepada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brian McFeeters, atas sumbangan ini.

Sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

“Semoga sumbangan bekalan vaksin ini membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi PICK.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan pandemik COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat