SAUDIA Mengalu-alukan Peminat Menyaksikannya sebagai Rakan Kongsi Syarikat Penerbangan Rasmi di Kejohanan Dunia Formula E ABB FIA Perlumbaan Jakarta

- Advertisement -

● Syarikat penerbangan kebangsaan Arab Saudi dinamakan Rakan Kongsi Syarikat Penerbangan Rasmi dalam semua siri elektrik pada 2018
● SAUDIA menyediakan gerai di Allianz E Village untuk peminat di perlumbaan Formula E yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 3 dan 4 Ju
● Gerai SAUDIA menyediakan peluang kepada peminat perlumbaan merasai pengalaman ‘tidak setanding wang ringgit’ sebagai sebahagian daripada kempen ‘Ambil Tempat Duduk Anda’

VANDOORNE Stoffel bel DS Penske Formula E Team Spark DS DS E Tense FE23 portrait during the 2023 Diriyah ePrix 2nd meeting of the 2022 23 ABB FIA Formula E World Championship on the Riyadh Street Circuit from January 26 to 28 in Diriyah Saudi Arabia Photo Xavi Bonilla DPPI

5 Jun 2023 – Syarikat Penerbangan Arab Saudi (SAUDIA) telah mengumumkan penyertaan mereka dalam Kejohanan Dunia Formula E ABB FIA Perlumbaan Jakarta Musim 9, berlangsung pada 3 dan 4 Jun bertempat di ibu kota Indonesia. SAUDIA akan menjadi tuan rumah kepada peminat perlumbaan dari serata dunia di gerainya yang terletak di Allianz E Village, tempat tetamu akan ditawarkan peluang memenangi pengalaman Formula E yang luar biasa.

Syarikat penerbangan kebangsaan Arab Saudi telah dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Rasmi Syarikat Penerbangan dalam semua siri elektrik 2018 Kerjasama itu baru-baru ini telah diperkukuh dengan pencalonan warga Belgium Stoffel Vandoorne, Juara Dunia Formula E semasa sebagai Duta Global SAUDIA untuk musim 2023.

01 VANDOORNE Stoffel bel DS Penske Formula E Team Spark DS DS E Tense FE23 action during the 2023 Diriyah ePrix 2nd meeting of the 2022 23 ABB FIA Formula E World Championship on the Riyadh Street Circuit from January 26 to 28 in Diriyah Saudi Arabia Photo Xavi Bonilla DPPI

Stoffel buat kemunculan sulongnya dalam perlumbaan Formula E di Diriyah E-Prix pada tahun 2018, juga merupakan perlumbaan pertama yang ditaja oleh syarikat penerbangan, dan akan berlumba di Jakarta bersama pasukan baharu DS Penske.

Juara Dunia semasa, bersama ahli pasukan SAUDIA, akan hadir di gerai untuk mewakili syarikat penerbangan dan sebagai sebahagian komitmennya menyampaikan pengalaman seumur hidup yang tidak akan dapat dilupakan, terima kasih kepada kempen SAUDIA ‘Ambil Tempat Duduk Anda’.

Dilancarkan pada 2022, tujuan kempen untuk menghubungkan peminat perlumbaan dari serata dunia dengan Formula 1 dan E, setiap pengunjung gerai di perlumbaan Jakarta akan memperoleh peluang memenangi pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta barangan yang ditandatangani oleh Stoffel Vandoorne.

Kempen ‘Ambil Tempat Duduk Anda’ juga menyediakan peminat kandungan hebat yang terkini tentang sukan permotoran kegemaran mereka secara berterusan, disamping faedah kesetiaan pelanggan.

Ketua Pegawai Pemasaran SAUDIA, Khaled Tash berkata: “Kehadiran kami di perlumbaan Jakarta bersama keyakinan teguh, dan disepanjang musim Formula E 2023, sebagai penanda aras utama dalam kerjasama berkekalan kami bersama Formula E.

VANDOORNE Stoffel bel DS Penske Formula E Team Spark DS DS E Tense FE23 portrait during the 2023 Diriyah ePrix 2nd meeting of the 2022 23 ABB FIA Formula E World Championship on the Riyadh Street Circuit from January 26 to 28 in Diriyah Saudi Arabia Photo Xavi Bonilla DPPI

Sejarah syarikat penerbangan kami sentiasa ada kaitan dengan sukan, dan innovasi serta kemampanan, juga kami tidak akan jumpa rakan kongsi yang lebih baik selain daripada Formula E untuk menunjukkan komitmen kami kepada tonggak utama ini.”

Stoffel Vandoorne juga memberi komen: “Satu kepuasan dapat bekerjasama dengan jenama seperti SAUDIA berkongsi kepercayaan dan semangat yang sama, bukan hanya untuk inovasi dan sukan, tetapi juga untuk mencipta pengalaman sekali seumur hidup dan kenangan yang berkekalan.

Sesuatu yang menakjubkan apabila dapat melihat betapa komitednya SAUDIA dalam Formula E, dan anda boleh lihat bahawa ahli pasukan mereka juga peminat tegar perlumbaan. Saya teruja bersama mereka sepanjang musim.”

Bekerjasama dengan Formula E, SAUDIA dapat mengulang komitmennya untuk memberikan pengalaman dan perkhidmatan terbaik kepada tetamu, dan dengan kekerapan melancarkan laluan baharu dapat membawa dunia ke Arab Saudi, menjadi “Sayap Visi 2030′.

Maklumat lanjut tentang kerjasama SAUDIA bersama Formula E, bandar yang ada perkhidmatan SAUDIA, peluang memenangi tiket penerbangan dan penginapan perlumbaan E-Prix di bandar pilihan anda, dan akses eksklusif kandungan Formula E, layari www.takeyourseat.saudia.com.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat