Jejak Si Kaya Culas Bayar Cukai Dalam Siri Korea “Squad 38”, Sloat Saranghaeyo On 2 TV2

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 6 Jun 2023 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadirkan tayangan drama bersiri Korea khas kepada penggemar drama polis dan detektif yang bagus menerusi tajuk ‘Skuad 38’. Merupakan pilihan yang bagus untuk sesiapa sahaja bagi menikmati genre jenayah popular, siri ini bakal bersiaran mulai 14 Jun ini, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 8.00 malam menerusi saluran TV2.

16 episod dalam genre drama komedi, jenayah dan misteri ini mengetengahkan kisah pasukan petugas khas yang berusaha sama dengan pihak berkuasa polis dan penjenayah untuk menangkap penjahat.

Menariknya drama ini mengangkat latar belakang kehidupan seorang pegawai pemerintahan pengutip cukai. Mungkin dalam kalangan orang biasa kurang arif tentang selok belok pekerjaan mengutip cukai.

Justeru drama ini mengajak penonton menyaksikan perjuangan wira tak didendang berjuang untuk mendapatkan cukai daripada pihak yang sepatutnya dan berkelayakan membayar cukai meskipun hakikatnya tugas mengutip cukai jadi mudah bila mendapat kerjasama daripada pihak terlibat.

Aksi penipuan di drama Squad 38 digunakan untuk mendapatkan cukai daripada ahli perniagaan yang kaya raya. Namun pada masa sama golongan ini culas untuk membayar cukai seperti yang ditetapkan.

Pada awalnya, Baek Sung-il lakonan mantap Ma Dong-seok tidak pernah terpikir untuk menjadi seorang penipu. Tapi, dia kemudiannya tiada pilihan lain. Hanya itu satu-satunya cara untuk membuat mereka membayar cukai.

Ini sebenarnya ditentang oleh Cheon Sung-hee yang dibintangi oleh Sooyoung, kerana ia sangat mengenal Jeong-do, watak seorang penipu profesional lakonan aktor terkenal Seo In-guk. Apatahlagi dia juga pernah menjadi mangsa penipuan lelaki itu.

Namun pada akhirnya, Sung-hee merelakan tindakan diambil ketuanya itu. Malah kadang kala dia turut membantu tugasan Baek Sung-il, walaupun dia menyedari bakal berdepan risiko menderita sekiranya penipuan itu berhasil. Apatahlagi tindakannya itu berdepan risiko besar terkait dengan ayahnya sendiri, yang merupakan Datuk Bandar Seowon.

Ikuti aksi-aksi mendebarkan dalam drama bersiri yang turut menampilkan pelakon Song Ok-sook, Heo Jae-ho, Ko Kyu-pil, Lee Sun-bin, Kim Joo-ri Oh Dae-hwan ini di TV2.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat