Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (6 Mei 2020)

- Advertisement -

1. PDRM melalui Task Force Operasi Pematuhan telah membuat pemantauan & penguatkuasaan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara

2. Semalam, sebanyak 17,728 premis telah diperiksa & tindakan nasihat telah dibuat. Sebanyak 1,057 pasar raya, 1,743 restoran & 598 kilang diperiksa

3. Pemeriksaan telah dibuat di 325 terminal pengangkutan darat, 37 terminal pengangkutan air & 12 terminal pengangkutan udara

4. Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa sebanyak 9,259 buah kenderaan persendirian & 1,145 kenderaan awam

5. Turut diperiksa adalah 546 pasar awam, 927 tempat ibadah, 298 tempat riadah & 180 tapak binaan

6. Gerak Malaysia

– PDRM melalui aplikasi #GerakMalaysia telah menetapkan 4 hari mulai esok (7 Mei 2020) sehingga Ahad (10 Mei 2020) bagi membolehkan orang ramai yang terkandas buat perjalanan merentas negeri untuk kembali ke kediaman masing-masing

– Khamis (7 Mei 2020) dikhususkan untuk orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman mereka di negeri-negeri lain

– Jumaat (8 Mei 2020) dikhususkan untuk pergerakan bagi mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke kediaman masing-masing

– Sabtu (9 Mei 2020) adalah pergerakan yang dikhususkan kepada mereka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

– Ahad (10 Mei 2020) adalah pergerakan untuk mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

– Tiada kemudahan makanan disediakan di kawasan R&R sepanjang lebuh raya dan surau juga akan ditutup. Orang ramai tidak dibenarkan bersolat di kawasan lapang atau bangunan sekitar R&R

– Hanya kemudahan tandas awam beroperasi di lebuh raya

– Kawasan letak kereta hanya untuk tujuan rehat dan pengguna yang singgah tidak dibenarkan keluar dari kenderaan masing-masing, kecuali untuk menggunakan tandas awam

– Stesen minyak di lebuh raya hanya beroperasi jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. Pengguna juga dilarang membuat pergerakan secara berkumpulan sepanjang lebuh raya

7. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 5,407 operasi sanitasi termasuk di 85 Zon Kuning dan Merah. Sebanyak 9,079 premis Kerajaan, premis perniagaan & kawasan awam telah disanitasi

– Semalam, 107 operasi sanitasi meliputi 39 Zon Merah & Kuning di 11 negeri, termasuk 31 di Johor & 16 di Sabah

– Sehingga kini, operasi sanitasi merangkumi 2,952 bangunan Kerajaan, 2,032 tempat awam, 2,244 pusat perniagaan, 1,535 kwsn perumahan termasuk PPR & 316 pasar raya

8. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 6 Mei 2020, sebanyak 245 Pusat Kuarantin telah beroperasi dan 17,107 individu sedang menjalani kuarantin wajib

– 350 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam & dikuarantin wajib

– Seramai 29,026 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

– Sejak 17 April, 17,647 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang

9. Pergerakan Pelajar di Kampus

– Hari ini, KPT akan menghantar pulang seramai 2,897 pelajar IPT Awam & Swasta ke kampung halaman masing-masing

– Sebanyak 8 penerbangan telah dijadualkan untuk menghantar pulang 2,297 pelajar

– Pergerakan pulang pelajar di Zon Timur ke kampung halaman di Zon Selatan dan pelajar di Zon Utara ke Zon Tengah akan bermula malam ini. Pergerakan ini akan melibatkan 600 pelajar.

10. PRDM dan ATM terus bekerjasama pantau pematuhan SOP PKPB dan kawalan di sempadan terus diperketat

11. Kuasa menentukan hukuman terhadap mereka yang ingkar PKP terletak pada mahkamah

12. Warga asing masih disekat memasuki negara dan penerbangan hanya dibenarkan bawa pulang rakyat Malaysia sahaja

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat