Lebuh raya utama mula sesak, perantau pulang ke kampung

- Advertisement -

SHAH ALAM – Trafik di lebuh raya utama yang menghubungkan ibu negara dengan negeri-negeri di utara, selatan dan pantai timur mula sibuk apabila semakin ramai perantau pulang ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Rabu.

Seperti yang dijangkakan, aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya mengalami kesesakan berikutan orang ramai mengambil peluang bertolak pada cuti hujung minggu terakhir sebelum Syawal.

Tumpuan tentunya terarah ke Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) yang menyaksikan trafik perlahan lebih 11 kilometer (KM) arah Timur dari Plaza Tol Gombak sehingga KM31.5 berikutan pertambahan kenderaan.

Berdasarkan maklumat trafik Lebuhraya Pantai Timur sehingga jam 4 petang Sabtu itu juga, kesesakan arah Timur itu turut berlaku dari KM55.3 hingga KM60.3 sejak 5 KM (Lentang-Bentong) manakala trafik perlahan Arah Barat juga sesak sejauh 4.9 dari KM36.3 hingga KM31.4 (Genting Sempah – Gombak)

Bagaimanapun trafik dilaporkan lancar sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) bagi kedua-dua hala.

Sementara itu, aliran trafik turut dilaporkan perlahan bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara.

Laluan sesak dari Gua Tempurung ke Gopeng, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Juru ke Perai dan Permatang Pauh ke Sungai Dua.

Bagi laluan arah Selatan negara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Senai Utara ke Kulai dan Kempas ke persimpangan Dato’ Onn. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat