Umno Perlu Berubah, Tumpu Kepada Rakyat Bukan Cuma Ahli – Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Supaya Umno kembali diterima rakyat, parti wajar memberi fokus lebih kepada rakyat bukan hanya bertumpu kepada ahli semata-mata.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia perkara utama yang harus diubah parti yang selama ini hanya meletakkan fokus kepada ahli yang ramai.

Katanya, saranan ini akan sekali gus membawa Umno kembali diterima rakyat.

“Dalam Umno tidak nampak ada isu, tinggal lagi kena lebih kepada rakyat, bukan terlalu tertumpu kepada ahli.

“Umno ini adalah parti yang besar, sebab itu jika dibandingkan dengan parti-parti lain, dia (parti) tertumpu kepada ahli, bukan rakyat.

“Dalam hal ini, kita kena re-adjust balik, kena utamakan rakyat,” katanya lapor Utusan.

Ditanya peranan baharu dalam Umno selepas menang jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti baru-baru ini, Johari berkata, beliau akan bertindak sebagai pemimpin dalam satu pasukan, bukan pemimpin untuk memimpin pasukan.

“Saya Naib Presiden, saya akan memainkan peranan sebagai pemimpin dalam satu pasukan, bukan pemimpin untuk memimpin pasukan.

“Jadi kita kena tengok Umno ini secara keseluruhan, kita tidak boleh wujudkan ada team dalam parti. Maknanya, selepas pertandingan kita tidak boleh ada team.

“Bagaimanapun, saya tidak nampak perkara itu sekarang dalam Umno. Dulu ada yang sebut kluster Putrajaya, ada kluster mahkamah, sekarang dah kurang orang sebut,” katanya.

Johari antara yang menang dalam pemilihan jawatan naib presiden selain Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ahmad serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jawatan itu sebelum ini diisi oleh Khaled, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ditanya adakah dengan barisan kepimpinan Umno baharu mampu memberi keyakinan kepada rakyat, Johari secara ringkas berkata: ‘Itu kena tanya oranglah.”

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat