Netizen Dakwa Jawapan Neelofa Berbaur Angkuh, Rancang Boikot Produk

PETALING JAYA – “Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?”.

Itu antara luahan netizen selepas mendengar kenyataan selebriti popular, Neelofa berhubung isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Dalam media sosial sejak semalam, rata-rata netizen berpendapat Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh.

“Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang.

“Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan,” tulis seorang netizen.

Malah, sehingga kini nama Neelofa juga sohor kini media sosial selepas mendapat hampir 21,000 ciapan memperkatakan tentang dirinya.

Semalam, Kosmo! melaporkan pelakon filem Azura 2012 itu memohon agar diberikan ruang menyelesaikan isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran SOP majlis perkahwinannya secara profesional dengan pihak berkuasa.

Bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu dan suaminya Haris Ismail juga selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Terdahulu, sejak minggu lalu nama pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac itu menjadi bualan hangat netizen selepas mereka dikatakan bersiar-siar, bermain jetski dan menaiki kereta kabel sebagai mana yang dikongsikan dalam Instagramnya ketika dalam tempoh lawatan kerja di pulau peranginan berkenaan.- Kosmo

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...

2,331 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331...

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Ditemui Maut Gantung Diri – Polis

KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan menggantung diri di kediaman keluarganya di Flat Temenggong, di sini petang semalam. Ketua...