UMNO Buka Pintu Penyatuan Tanpa Syarat Sempena Ramadan — Zahid

Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan United Malays National Organisation (UMNO) membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali menyertai parti itu.

Menurut Presiden Parti itu, langkah tersebut diambil sempena bulan Ramadan yang menjadi waktu terbaik untuk umat Islam bermuhasabah, memperbaiki hubungan serta memperkukuh ukhuwah.

Zahid berkata kekuatan sesebuah parti bukan sekadar bergantung kepada struktur organisasi, sebaliknya dibina melalui sokongan, dokongan dan kebersamaan ahli di setiap peringkat.

“UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahliannya untuk kembali bersama perjuangan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan serta perbezaan yang berlaku sebelum ini dimaafkan sepenuhnya demi membuka lembaran baharu bagi memperkukuh kembali keluarga besar parti itu.

Sehubungan itu, Zahid berkata Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Mohamed Khaled Nordin akan menyelaraskan proses kemasukan semula ahli mengikut tatacara yang bersesuaian berdasarkan perlembagaan parti.

Beliau berharap usaha tersebut menjadi titik penyatuan yang mampu memperkukuh kembali kekuatan UMNO dalam meneruskan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat