Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan dibuka sehingga 28 Jun ini

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) sedang menganjurkan Pertandingan Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026, dibuka mulai 23 Feb sehingga 28 Jun ini.

KPN dalam kenyataan berkata tema ”Bersama Membina Negara Bangsa” telah dipilih bagi tahun ini selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang turut mengangkat pembinaan negara bangsa sebagai salah satu tonggak utama pembangunan rakyat dan negara.

“Negara bangsa amat penting untuk Malaysia pada masa kini kerana ia menjadi asas kepada iaitu keamanan, perpaduan, kestabilan, dan
keharmonian sebuah negara yang majmuk.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ”kata kenyataan itu.

“Pelbagai hadiah menarik disediakan dan ditawarkan kepada para pemenang di samping sijil penyertaan turut diberikan kepada para peserta pertandingan.

“Pertandingan ini adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar sekolah.

“Para peserta yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh melayari laman media sosial rasmi Arkib Negara Malaysia atau imbas pada kod yang tertera di poster, ”kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat