“Inikan Hari Raya” Syasya Rizal bawa Vibe Raya penuh syukur dalam lagu baru

Musim Raya selalunya sinonim dengan baju baharu, rumah dihias cantik dan gambar keluarga yang “sempurna” di media sosial. Tapi bagi penyanyi muda Syasya Rizal, suasana itu bukanlah inti sebenar Hari Raya. Melalui single terbaharunya “Inikan Hari Raya”, Syasya memilih untuk membawa mesej yang lebih dekat dengan realiti bahawa Raya sebenarnya tentang rasa cukup, kebersamaan dan kenangan kecil bersama orang tersayang.

Dilancarkan sempena musim perayaan tahun ini, lagu ceria tersebut hadir dengan bunyi yang ringan dan mudah diikuti. Dari awal lagi, susunan muziknya terasa santai dengan progresi kord yang ringkas serta rentak dram yang memberi mood hangat seperti suasana pagi Raya. Apabila masuk ke bahagian korus, melodinya berkembang dengan lebih bertenaga cukup untuk membuatkan pendengar rasa ingin menyanyi bersama.

Menariknya, “Inikan Hari Raya” juga menjadi detik penting dalam perjalanan seni Syasya. Buat pertama kalinya, dia turut terlibat secara langsung dalam proses penulisan lagu bersama komposer Amirul Azhar dan Amir Firdaus. Pengalaman itu memberi peluang kepada Syasya untuk menyampaikan mesej yang benar-benar datang daripada hatinya sendiri.

Menurut Syasya, inspirasi lagu ini sebenarnya datang daripada pemerhatiannya terhadap cara orang menyambut Raya hari ini. Dalam dunia media sosial, sambutan perayaan kadang-kadang nampak begitu sempurna rumah besar, pakaian sedondon dan segalanya kelihatan mewah. Namun hakikatnya, tidak semua orang menyambut Raya dengan cara yang sama.

Sebab itu, melalui lagu ini dia mahu mengingatkan bahawa Raya tetap bermakna walaupun diraikan secara sederhana. Memakai baju lama, makan bersama keluarga di rumah kecil, atau sekadar berkumpul tanpa perancangan besar semua itu masih boleh menjadi kenangan yang paling berharga.

Bagi Syasya sendiri, makna Raya juga semakin berubah sejak dia mempunyai keluarga sendiri. Kini, sambutan Aidilfitri terasa lebih istimewa apabila dapat berkongsi kegembiraan bersama suami serta dua anaknya, Obot dan Obit. Kehadiran mereka membuatkan Raya bukan lagi sekadar tentang dirinya, tetapi tentang mencipta memori baharu untuk anak-anak.

Dalam masa yang sama, Syasya berharap “Inikan Hari Raya” dapat mengingatkan pendengar kepada detik-detik kecil yang sering membuatkan suasana perayaan terasa begitu istimewa seperti bangun pagi Raya, bau rendang dari dapur atau makan bersama keluarga di meja yang sama.

Jika lagu ini suatu hari nanti menjadi soundtrack kenangan Raya seseorang, itu sudah cukup bermakna buat Syasya sebagai seorang penyanyi.

Single “Inikan Hari Raya” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, dan mungkin saja akan menjadi antara lagu yang menemani perjalanan pulang ke kampung tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat