8 parti ‘berpakat’ cari titik persamaan bab kepentingan Melayu-Islam, Bumiputera

KUALA LUMPUR – Umno menganjurkan Musyawarah Isu-isu Islam dan Bumiputera yang disertai oleh lapan parti-parti utama yang terdiri daripada Umno, Pas, PKR, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Berjasa, Kimma, dan Parti Ikatan Bangsa (Ikatan).

Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pertemuan digagaskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi medan (musyawarah) terbaik untuk sama-sama mencari titik-titik persamaan membaitkan kepentingan Islam, kedudukan Melayu dan Bumiputera.

“Kita boleh berbeza pandangan dalam pelbagai perkara, namun dalam hal yang melibatkan kepentingan Islam, kedudukan Melayu dan Bumiputera, kita wajib bersama.

“Maka inilah medan (musyawarah) terbaik untuk kita sama-sama mencari titik-titik persamaan!

“Inilah antara intipati mukaddimah saya ketika mempengerusikan Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera yang melibatkan 8 Parti-Parti utama yang mempunyai komposisi Islam Melayu-Bumiputera teramai, termasuklah Umno, Pas, PKR, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Berjasa, Kimma, dan Parti Ikatan Bangsa (Ikatan).

“Moga pertemuan pertama yang digagaskan oleh Presiden Umno di Menara Umno, WTC Kuala Lumpur ini mendapat rahmat Allah sertamenjadi titik tolak kepada suatu pembentukan kesefahaman ke arah sama-sama bermuafakat dalam hal yang melibatkan kepentingan agama dan bangsa, dan sedia bertolak ansur dalam hal yang melibatkan pandangan berbeza,” kata Asyraf.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat