TANJUNG MALIM: Pasukan Debat Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Debat Darul Ta’zim setelah mengalahkan pasukan debat Universiti Islam Antarabangsa Pagoh (UIA) Pagoh.
Pentas akhir menyaksikan USM sebagai perwakilan kerajaan dan UIA Pagoh sebagai pembangkang dengan usul “Dewan ini percaya, gabungan kerajaan perpaduan mampu memacu negara”
Pertandingan Debat Darul Ta’zim ini berlangsung sempena program minggu Siswa Johor anjuran Yayasan Negeri Johor yang bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim Perak, dari 04-06 Mar 2023.
Sebanyak 14 buah Universiti telah menyertai Debat ini.
Usul ini sangat menarik dan USM berjaya membuktikan bahawa kerajaan perpaduan yang terbentuk sekarang mampu dinilai melalui unjuran positif daripada inisiatif “Malaysia Madani”
Pasukan Debat USM diwakili Muhammad Nor Azlan bin Yusof (Perdana Menteri), Muhammad Irfan Shah bin Duraman (Timbalan Perdana Menteri), Muhamad Hafizi bin Mohd Hanafi (Menteri Pertahanan) dan Nurul Annis binti rashidi (simpanan)
Maka, bagi menyahut seruan aspirasi Malaysia Madani usul yang dibahaskan itu berjaya menyentuh hati para hakim dan hampir 100 penonton dalam dewan Pendeta Za’ba UPSI.-SUARATV