Sistem Lampu Isyarat Pintar Diperkenalkan di Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya ini boleh diatasi apabila kerajaan Pahang memperkenalkan sistem lampu isyarat pintar.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, projek rintis itu akan dikendalikan syarikat Itmax System melalui cadangan projek sistem bandar pintar dan selamat.

“Tujuan utama kita perkenalkan sistem ini adalah bagi mengatasi masalah kesesakan terutamanya ketika waktu puncak.

“Untuk permulaan, kita akan laksanakan sistem ini di laluan Jalan Beserah dan laluan dari Kuantan Medical Centre menghala ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Kuantan (Indera Mahkota) dan KotaSAS.

“Kita tetapkan tempoh percubaan selama tiga bulan dan jika ia berkesan, sistem ini akan diperluaskan ke semua laluan di bandar raya Kuantan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohammad Fakhruddin memaklumkan selain laluan dalam kawasan bandar raya Kuantan, terdapat beberapa lagi laluan lain yang dikenalpasti sering berlaku kesesakan lalu lintas ketika waktu pagi dan lewat petang.

Katanya, pelaksanaan sistem lampu isyarat pintar itu perlu dilakukan secara berfasa memandangkan ianya masih dalam tempoh percubaan.

“Apabila selesai (tempoh percubaan), kita boleh memasang sistem sama di laluan lain sebagai contoh jalan Gambang-Kuantan, jalan Pintasan Bukit Rangin dan persimpangan Semambu.

“Selain itu, jalan Kuantan-Muadzam Shah berdekatan Paloh Hinai, Pekan juga sering dilaporkan berlaku kesesakan dan ini juga dalam pertimbangan kita untuk memasang sistem sama di situ,” katanya lagi.

Beliau berkata cadangan memperkenalkan sistem lampu isyarat pintar itu dikemukakan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang kepada Majlis Bandaraya Kuantan baru-baru ini susulan rungutan daripada penduduk mengenai masalah kesesakan lalulintas di laluan masuk utama ke bandar raya Kuantan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat