MB Kelantan Tidak Puas Hati Cuma Terima Wang Ehsan, Tuntut Bayaran Tunai Petroleum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan kesal tidak mendapat bayaran tunai petroleum secara terus daripada Kerajaan Persekutuan sebaliknya sekadar menerima wang ehsan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melalui Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat pada 23 Februari 2023 yang menyatakan bahawa hak mendapatkan bayaran tunai petroleum mesti berada dalam perairan 3 batu nautika dan penyaluran adalah di atas nama wang ehsan.

Kata Ahmad, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 5 November 2015 telah menolak Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) atas asas mendapati Kerajaan Persekutuan mengambil peluang dengan mengehadkan sempadan setiap perairan negeri kepada 3 batu nautika sekali gus menafikan hak Kelantan menerima bayaran tunai petroleum.

Tegas beliau, perjanjian Kerajaan Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 dalam fasal 1(1) jelas menyatakan Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan Neger secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan jumlah 5 peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan.

“Minit mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 menyatakan bahawa “memansuhkan program wang ehsan dan bayaran tunai petroleum akan disalurkan secara terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tanpa mengambil kira status negeri tersebut yang dikuasai oleh pembangkang”.

“Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah dan usaha dalam menuntut bayaran tunai petroleum melalui enam siri rundingan yang telah diadakan antara Menteri Besar Kelantan dengan Perdana Menteri bermula tahun 2013 hingga tahun 2021 dan satu pertemuan turut diadakan bersama Pengerusi dan Pengurusan Tertinggi Petronas pada 10 Julai 2020,” jelas Ahmad dalam kenyataan oada Isnin.

Oleh itu ujar beliau, Kerajaan Negeri Kelantan dengan ini menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menjelaskan tuntutan bayaran tunai petroleum secara terus kepada kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.

Pada bulan lalu, Azalina menegaskan Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak 5 peratus.

Ini kerana menurut Azalina, Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga 3 batu nautika.

Perjanjian Pembayaran Wang Tunai yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan Kelantan dan Terengganu memperuntukkan dua negeri itu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak lima peratus untuk petroleum yang didapati dan diperolehi dalam jarak tiga batu nautika dari garis air surut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat