Umno Pekan tak putus asa, terus usaha pastikan Najib dibela sewajarnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Bahagian Pekan tidak akan berputus asa sebaliknya akan terus berdoa dan meneruskan usaha bagi memastikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pembelaan sewajarnya.

Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, terlalu banyak jasa-jasa Najib dapat dirasai oleh masyarakat di Pekan sepanjang 46 tahun beliau menjadi Ahli Parlimen di sini.

Beliau berkata, kebajikan dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan tersebut.

“Umno Bahagian Pekan merafak sembah menjunjung kasih di atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 memberikan kelegaan hukuman kepada Najib.

“Umum maklum bahawa, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, yang juga merupakan Pengerusi panel lima hakim dalam permohonan semakan berkenaan kes SRC International Sdn. Bhd. sebelum ini, menyebut dengan jelas bahawa berlaku penyelewengan keadilan dan hak Najib untuk mendapat perbicaraan yang adil telah dinafikan.

“Malah dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat itu, Abdul Rahman turut berpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Najib adalah dibebas dan dilepaskan,” katanya lapor Utusan.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-61 memutuskan hukuman ke atas Najib diberikan pengampunan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh urusetia lembaga tersebut semalam, oleh yang demikian bekas Perdana Menteri itu yang sebelum ini dihukum penjara selama 12 tahun dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Bagaimanapun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara itu akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat