Tawaran RM20,000 menanti pemberi maklumat pembunuhan Zayn Rayyan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, Disember lalu.

Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, ganjaran berkenaan diberikan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

“MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan ini.

“Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor dan kita telah mendapat persetujuan daripada Pengerusi MCPF sendiri berkaitan tawaran ganjaran ini,” katanya, lapor Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Disember lalu, mangsa berumur enam tahun itu ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mangsa, Zayn Rayyan yang dibunuh itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat