Pemuda UMNO Perak buat laporan polis gesa siasat Tony Pua

- Advertisement -

IPOH – Pemuda UMNO Perak menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mengeluarkan kenyataan berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan berkaitan pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Perak, Mohd Adri Adha Mohamad berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab seolah-olah mempertikaikan keputusan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu juga dilihat menyentuh soal agama, bangsa dan raja-raja Melayu (3R) yang seharusnya dielakkan oleh mana-mana pihak.

“Hari ini Pemuda UMNO Negeri Perak dengan seluruh kepimpinan Pemuda Perak kita membuat laporan polis terhadap bekas ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang membuat satu kenyataan tidak bertanggungjawab di sosial media beliau.

“Selain itu juga, pada hari ini juga kita minta pihak yang bertanggungjawab mengenakan tindakan yang pada saya tidak menghormati 3R kerana isu ini tidak boleh dipertikaikan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini pada Selasa.

Mohd Adri yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang berkata, laporan polis tersebut bukan sahaja dibuat oleh Pemuda UMNO Perak tetapi turut dibuat di beberapa bahagian UMNO di negeri itu dan di seluruh negara.

Sebelum ini Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya memuat naik beberapa hantaran di Facebook miliknya selepas keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam pada itu turut mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Tony berhubung kenyataannya di media sosial dipercayai berunsur menghina institusi diraja dalam isu pengampunan Najib.

Lembaga Pengampunan memutuskan untuk memberikan pengurangan tempoh hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Susulan keputusan itu, bekas Perdana Menteri tersebut diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat