Bukan Hamzah kerap ke PMO, risik jawatan – setiausaha sulit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha sulit Datuk Seri Hamzah Zainudin menyangkal dakwaan kononnya Ketua Pembangkang itu ‘sedang merisik jawatan’ menerusi rundingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ahmad Ikhwan Fadhli dalam ciapan di aplikasi X menegaskan bahawa Hamzah difitnah.

“Fitnah. Orang lain merisik, orang lain pula yang difitnah.

“Perang saraf level (peringkat) amatur. No class (tiada kelas),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Ikhwan juga memuat naik tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berunding dengan Anwar di PMO untuk mendapat jawatan.

Manakala semalam, Hamzah ada menciap “jangan ada baling batu sembunyi tangan”.

Ahad lalu, media melaporkan sorang pemimpin utama Bersatu baru-baru ini sering kelihatan di PMO dipercayai melakukan rundingan demi “survival” beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti.

Sumber yang enggan dinamakan mendakwa pemimpin Bersatu berkenaan berjanji akan memberikan lebih banyak sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada kerajaan. Kata sumber itu lagi, “lebih ramai” wakil rakyat Bersatu dijangka isytihar sokongan kepada Anwar.

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah berbuat demikian dengan kekal menjadi ahli parti. Langkah mereka menjadikan Bersatu merancang meminda perlembagaan parti bagi mengelak tindakan sama berulang.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat