Tak adil MKT gantung Umno Arau – Shahidan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan berjuang menuntut bela kepada rakyat Perlis dan Arau.

Beliau menyifatkan tindakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menggantung Umno sebagai tindakan tidak adil.

“…yang dipecat dari Umno ialah Shahidan Kassim tetapi Umno Arau yg digantung.

“Saya akan terus beri pembelaan kepada rakyat Perlis dan Arau.Sesungguhnya rezeki,mati,hidup adalah hak Allah SWT,” tegas beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaar.

MKT Umno malam tadi menggantung Umno Bahagian Arau selepas melanggar perlembagaan parti, kata Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil.

Beliau berkata, MKT Umno akan melantik ketua pentadbir bagi bahagian itu secepat mungkin.

“Kita akan lantik ketua pentadbir secepat mungkin. Senarai calon itu akan dibincangkan… keputusan Majlis Tertinggi adalah menggantung mereka atas sebab-sebab disiplin melanggar Perlembagaan Umno,” katanya.

Ketua Umno Bahagian Arau sebelum ini Shahidan dan isterinya yang juga Ketua Wanita Umno bahagian itu Datin Seri Shamsiah Yassin dilucutkan keahlian Umno selepas melanggar perlembagaan parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat