Piala AFF: Vietnam, Indonesia Terikat Tanpa Jaringan Separuh Akhir Pusingan Pertama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Vietnam gagal membawa kelebihan pada aksi kedua selepas terikat tanpa jaringan dengan Indonesia pada aksi separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sebentar tadi.

Dengan keputusan ini, skuad Garuda yang menjadi naib juara Piala AFF sebanyak enam kali itu tampak memiliki kelebihan jika berjaya menjaringkan gol pada aksi kedua di Stadium My Dinh, Isnin ini.

Pada aksi terbabit, Vietnam mendapat peluang seawal minit ke-11 namun percubaan Nguyen Quang Hai melantun dan melambung tinggi melewati gawang tuan rumah.

Pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri terlepas peluang membuka jaringan pada minit ke-20 apabila ketika hanya berdepan penjaga gol lawan, Dang Van Lam, pemain itu tidak menyudahkan bola sebaliknya membuat hantaran lintang.

Van Lam cemerlang menafikan percubaan Marselino Ferdinan pada minit ke-35 untuk kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga babak pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, tidak banyak peluang tercipta apabila kedua dua pasukan bergelut untuk mendapatkan gol pendahuluan sekali gus memaksa perlawanan berakhir dengan 0-0.

Pemenang aksi ini akan berdepan pemenang antara Malaysia berdepan Thailand di pentas final nanti. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat