Mavcom Lulus 291 Penerbangan Tambahan Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

- Advertisement -

SEPANG – Sejumlah 291 penerbangan tambahan diluluskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sepanjang tempoh 14 hari bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Berita gembira tersebut dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sambil menjelaskan angka itu setakat hari ini dan kemungkinan ia boleh ditingkatkan lagi.

“Apa sahaja permohonan dari semua empat operator tempatan bagi tambah penerbangan meliputi semua destinasi domestik akan dimudah cara pihak Mavcom sendiri,” katanya selepas melancarkan destinasi baharu Batik Air Malaysia ke Jepun dan tambang tetap bagi perayaan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Syarikat itu menawarkan harga tetap hanya RM299 ke Kuching, Sarawak dan RM399 ke Kota Kinabalu, Sabah untuk tarikh penerbangan mulai 18 Januari sehingga akhir bulan ini.

Ia juga memperkenalkan caj tetap cuma RM259 sehala lengkap bagi tempoh yang sama dari terminal di Subang Skypark ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Langkawi.

Mengulas lebih lanjut, Siew Fook berkata, daripada keseluruhan 291 penerbangan ekstra itu, Batik Air Malaysia akan menyediakan 35 trip tambahan ke Kuching dan Kota Kinabalu. – Utusan

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat