MKT Bakal Jawab Teka-Teki UMNO Terus Sokong PN atau Sebaliknya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hala tuju dan masa depan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal terjawab dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini.

Pendirian UMNO dalam kerajaan PN termasuk kerjasama parti itu dengan Bersatu dijangka fokus utama mesyuarat Majlis MKT malam ini yang akan dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tokoh wartawan nasional, yang juga bekas penasihat khas media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk A. Kadir Jasin dalam hantaran di Facebooknya menyenaraikan beberapa jawapan yang bakal melengkapkan teka silang kata hala tuju UMNO mendepani PRU-15.

Katanya, antara jawapan yang pastinya dinanti-nanti oleh ahli UMNO, bukan ahli UMNO, rakan UMNO dan musuh UMNO daripada mesyuarat MKT UMNO malam ini adalah:

“Keluar kerajaan PN atau tidak.

“ Bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP, atau dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN)?

Selain itu menurut beliau, adakah UMNO sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau tidak.

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku sokong Anwar dan utus surat sokongan kepada Yang di-Pertua Agong atau tidak.

“Rundingan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar bagi pihak parti atau untuk mengelak daripada masuk penjara,” ujarnya.

Mesyuarat yang bersidang jam 8.30 malam ini bakal menjadi penentu survival politik UMNO.

Terdahulu, khabar angin UMNO mahu meninggalkan PN yang diterajui Bersatu semakin hangat diperkatakan selepas Tan Sri Annuar Musa yang disifatkan “mesra Bersatu” digugurkan daripada jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN) semalam.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan dalam kenyataannya mengesahkan tindak-tanduk Annuar itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat