JAIS benarkan solat Jumaat dan solat fardu ikut jumlah jemaah ditetapkan

Perdana Menteri Akan Umum Pakej Bantuan Khas Petang Ini

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Bantuan Khas pada jam 4.00 petang ini. Melalui satu poster dilaman rasmi Facebook beliau, pengumuman...

Study to boost the value of future rail network

MALAYSIA will embark on a detailed study this year to see how it can maximise economic and social returns should a decision be made...

Jenama UMNO sudah gah, tapi jurujual tak hebat – A.Kadir Jasin

  KUALA LUMPUR- UMNO adalah satu jenama yang terkenal dan popular, namun yang menjadi masalah adalah jurujualnya. Tokoh wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin memberitahu, UMNO...

Jadikan tv kerajaan saluran pembelajaran online musim PKP – Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan saluran televisyen milik kerajaan perlu didedikasikan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran dalam talian kepada pelajar...

HSR project: Not the end of the line

THE Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) bilateral agreement was officially terminated after the top leaders of Malaysia and Singapore agreed to let the...

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa pandemik COVID-19 di kawasan setempat melibatkan masjid, surau kebenaran Jumaat serta surau di negeri berkenaan.

Bagi masjid negeri dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, sebanyak 500 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan 150 jemaah untuk solat fardu, sementara untuk 39 masjid pengurusan dan 17 masjid institusi, sebanyak 300 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan 150 jemaah solat fardu.

“Masjid dan surau kebenaran Jumaat di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor pula, jumlah jemaah solat Jumaat ialah mengikut kapasiti sebenar dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter manakala untuk solat fardu, sebanyak 40 jemaah termasuk pentadbir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, untuk masjid dan surau kebenaran Jumaat di Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat dan Gombak, hanya 40 jemaah termasuk pentadbir fasiliti itu dibenarkan untuk solat Jumaat serta solat fardu.

Katanya semua surau termasuk surau institusi di seluruh Selangor pula dibenarkan 40 jemaah menunaikan solat fardu.

Mohd Shahzihan turut berkata semasa menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkenan kebenaran solat itu semalam, baginda menzahirkan rasa dukacita apabila sesetengah pihak mendakwa masjid dan surau di negeri itu telah ditutup.

Katanya, baginda juga berdukacita dengan tanggapan segelintir masyarakat bahawa ketetapan dibuat sebelum ini ibarat menghalang umat Islam beribadah di masjid dan surau.

“Secara faktanya, masjid dan surau di Selangor terus dibuka secara berperingkat berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19. Bagaimanapun, perkara ini tidak disiarkan oleh media kerana kebenaran berkenaan kerap berubah mengikut keadaan setempat.

“Justeru, baginda mahu kebenaran baharu solat itu dimanfaatkan sebaiknya oleh ahli kariah dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard ditetapkan supaya masjid dan surau tidak menjadi tempat cetusan baharu penularan COVID-19,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Perdana Menteri Akan Umum Pakej Bantuan Khas Petang Ini

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Bantuan Khas pada jam 4.00 petang ini. Melalui satu poster dilaman rasmi Facebook beliau, pengumuman...

Jenama UMNO sudah gah, tapi jurujual tak hebat – A.Kadir Jasin

  KUALA LUMPUR- UMNO adalah satu jenama yang terkenal dan popular, namun yang menjadi masalah adalah jurujualnya. Tokoh wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin memberitahu, UMNO...

Jadikan tv kerajaan saluran pembelajaran online musim PKP – Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan saluran televisyen milik kerajaan perlu didedikasikan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran dalam talian kepada pelajar...