Hanya 75 Kes Covid Kategori 3, 4 dan 5 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia terus merekodkan pertambahan sembilan kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan empat kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan sembilan kluster itu menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 233 kluster.

“Selain itu, 5,745 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,978 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,298 kes manakala semalam, 4,896 kes sekali gus diatasi 4,929 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 471 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 264 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,298 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 75 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya, 4,223 kes (98.3 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 36 kes berbanding kelmarin, 17 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,574 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 84 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,189 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat