KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja ‘komunikasi sukarelawan’ dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan mereka dengan kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata melalui langkah itu, peranan mereka dapat dioptimumkan sebagai contoh dalam situasi menangani pandemik COVID-19 dan membangunkan komuniti digital.

“Kesukarelaan turut melibatkan prinsip-prinsip lain seperti altruisme, idealisme, fastabiqul khairat (berlumba-lumba membuat kebajikan), goodness of the heart dan sebagainya.

“Dalam konteks pembangunan iaitu dalam tiga sektor utamanya (kerajaan, perniagaan atau swasta dan masyarakat sivil), lazimnya kesukarelaan dikira sebahagian daripada masyarakat sivil,” katanya melalui hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa.

Hari Sukarelawan Antarabangsa disambut pada 5 Dis setiap tahun.

Saifuddin berkata kesukarelaan kini juga semakin kompleks dengan pelbagai bentuk baharu sukarelawan seperti sukarelawan sepenuh masa, sukarelawan profesional dan sukarelawan digital.

Dalam hantaran sama, beliau turut menjelaskan tiga orientasi kesukarelawan iaitu aktiviti, bakti dan advokasi.

“Aktiviti adalah kerja atau program sukarela yang lazimnya bersifat ‘one-off’ seperti seminar menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bakti pula merupakan program yang memakan masa sebelum dapat dinilai sebagai contoh, kelas bimbingan bagi calon SPM.

“(Sementara) Advokasi ialah kerja atau program sukarela yang melibatkan proses memperjuangkan sesuatu aspirasi, idealisme, prinsip dan sebagainya, contohnya mendapatkan kemudahan persekolahan lebih baik untuk pelajar yang bakal menduduki SPM,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat