i-Sinar: Manfaatkan Ketika Saat Getir

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan skim i-Sinar dapat dimanfaatkan sebagai ‘wang sokongan’ untuk kegunaan saat getir ekoran pendapatan terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Eksekutif Kanan Aksesibiliti dan Advokasi Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Siti Huraizah Ruslan, berkata langkah diambil KWSP untuk membantu golongan terjejas sangat dialu-alukan.

Beliau berkata, Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan majoriti mereka bekerja sendiri sebagai tukang urat terkesan dari segi pendapatan kerana perkhidmatan berkenaan berdepan kekangan untuk beroperasi.

“Tidak dinafikan langkah KWSP ini sangat membantu. Jika kerajaan tidak benarkan pengeluaran Akaun 1, siapa lagi akan membantu mereka yang terjejas.

“Memang ada golongan OKU penglihatan atau dari keseluruhan kategori terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Ada yang nak buat pinjaman peribadi pun susah, apatah lagi sebilangan yang kehilangan pekerjaan. Kalau terjejas akibat kehilangan kerja atau memberi kesan terhadap sumber pendapatan, duit (Akaun 1) ini mereka kena uruskan betul-betul untuk hidup mereka,” katanya.

Pengerusi Persatuan Pemandu Uber, Grabcar dan Zepp On, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, berkata pengumuman KWSP membenarkan pengeluaran Akaun 1 dialu-alukan untuk membantu golongan terjejas pendapatan.

Bagi pemandu e-hailing katanya, simpanan yang dikeluarkan itu dapat menampung perbelanjaan dalam tempoh terdesak lebih-lebih lagi ketika ini majoriti pemandu hanya memperoleh pendapatan bersih RM50.

“Ketika ini, pemandu terlalu ramai dan penumpang amat berkurangan sehingga pendapatan amat terjejas.

“Justeru, persatuan mengalu-alukan kelonggaran yang diberikan oleh KWSP kepada lapan juta pencarum. Pasti ia dapat membantu ahli untuk terus kekal menyara keluarga,” katanya.

-BERITA HARIAN

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat