Ruji bawa pulang status, pengalaman ke Merotai bakal bawa perubahan besar – AMK Kalabakan

TAWAU – Pencalonan Datuk Ruji Ubi diyakini dapat membawa perubahan besar buat pengundi di DUN Merotai.

Ketua AMK Cabang Kalabakan Yusof Khalil berkata, selaku bekas Ketua Setiausaha Kementerian di Putrajaya tentunya status dan pengalaman yang dibawa balik ke Merotai bakal membantu rakyat bebani kos sara hidup yang kian menghimpit.

Yusof juga percaya janji sebuah bandar baharu yang akan dibangunkan di Merotai akan diusahakan Ruji sekiranya mendapat mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov ini.

“Bagi saya, Datuk Ruji adalah calon yang terbaik, dengan pengalaman yang dia ada, status dia yang pernah bekerja di bawah kementerian-kementerian.

“Justeru bagi saya beliau boleh banyak membantu rakyat di bawah.

“Datuk Ruji tahu di mana tempat untuk kita memohon bantuan, itu yang tidak ada dengan calon-calon yang lain -dengan hubungan dia, dengan pengalaman dia, dengan idea-idea baru yang dia bawa saya yakin dia boleh membantu di Merotai,” katanya kepada SuaraTV baru-baru ini.

Menurut Yusof isu pokok kepada semua isu adalah kos sara hidup.

“Kos sara hidup yang paling penting dan apa yang saya tahu visi yang ada dengan Datuk sekarang ialah sebuah bandar baharu perlu untuk Merotai.

“Dan itu yang dia akan usahakan seandainya dia diberi mandat,” ujar Yusof.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat