Berona Day, Rizky Febian hiburkan 5 ribu penonton di Malaysia

- Advertisement -

Konsert ‘An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian’ yang berlangsung baru-baru ini telah mengubati hati ramai peminat di Malaysia dengan persembahan yang bertenaga dan luar biasa oleh Rizky Febian.

Konsert yang berlangsung selama 2 jam itu menampilkan lagu-lagu dari album baharu iaitu ‘Berona’, dan tidak ketinggalan Rizky juga mendendangkan lagu-lagu dari albumnya sebelum ini seperti ‘Cuek’, ‘Terlukis Indah’, ‘Mantra Cinta’ dan banyak lagi.

Gambar MaestroRidwan

Bertempat di Megastar Arena Kuala Lumpur, Rizky yang merupakan penyanyi sensasi berusia 25 tahun itu jelas kelihatan teruja tampil dengan lebih 20 buah lagu di hadapan lebih 5 ribu orang penonton.

Lebih menarik, pada konsert kali ini, Rizky sendiri yang ‘mewarnai’ susunan muzik apabila menjadi pengarah muzik bagi konsert tersebut yang juga turut menampilkan pemuzik-pemuzik profesional diterbangkan khas dari Indonesia.

Sempat mengusik jiwa para penonoton yang hadir, Rizky menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas buat ibunya Lina Jubaedah yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Januari 2000 di Bandung akibat komplikasi kesihatan.

Gambar MaestroRidwan

Selain menghiburkan penonton dengan alunan lagu, Rizky turut berkongsi kisah mengenai perjalanan cintanya dengan kekasih hati, Mahalini Raharja yang juga merupakan seorang penyanyi terkenal dari Indonesia.

Sepanjang konsert itu berlangsung, Rizky atau nama sebenarnya Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada seluruh peminat di Malaysia atas sokongan tanpa henti dalam karier muzik yang dibawa olehnya ke Malaysia.

Pihak penganjur iaitu Hitman Solutions berkata, “Konsert Berona Day ini tidak mungkin berlaku jika bukan permintaan yang tinggi terhadap Rizky yang mempunyai pengaruh media sosial kuat dikalangan penggemar muzik tempatan.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai artis-artis muda yang berkebolehan seperti Rizky, baik artist tempatan mahupun antarabangsa yang dapat mewarnai industri hiburan tanah air kita. Terima kasih kepada semua yang hadir.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat