PRN Sarawak: Ia suatu pengkhianatan jika GPS terus gantung kerajaan – Abang Johari

- Advertisement -

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan ia suatu pengkhianatan sekiranya kerajaan negeri terus digantung serta tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Sehubungan itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, adalah penting untuk PRN12 Sarawak diadakan bagi mengembalikan mandat rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baharu.

Katanya, Kerajaan GPS juga mengambil maklum dan meletakkan senario kesihatan dan keselamatan rakyat pada tahap tertinggi.

“Maka dalam membuat keputusan kita perlu berhati-hati dan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan dan pemegang taruh yang lain bagi memastikan PRN12 yang diadakan nanti akan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) bagi elak penularan COVID-19.

“Malah, kadar vaksinasi yang tinggi juga diambil kira oleh pihak berkepentingan untuk membolehkan PRN12 diadakan dengan selamat,” katanya dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat