Kerajaan kota janji MOU: Empat daripada sembilan jawantankuasa Parlimen diterajui pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pembangkang kini mengetuai empat daripada sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) langkah ini membuktikan satu lagi janji yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan telah dikotakan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, selaras dengan MOU berkenaan, semua sembilan PSC telah dikenal pasti dengan lima wakil kerajaan dan empat pembangkang dipilih mengetuai jawatankuasa tersebut.

Janji itu merupakan perkara 3.3 dalam MOU berkenaan dan memperincikan tentang pembaharuan parlimen sebagai langkah memastikan perwakilan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seimbang antara kerajaan dan pembangkang.

Untuk rekod sebelum ini, hanya satu PSC yang diketuai pembangkang.

Keahlian PSC juga dinaikkan daripada tujuh menjadi sembilan orang, selain turut dibahagikan dengan nisbah 5:4 antara kerajaan dan pembangkang.

Barisan pengerusi PSC yang baru adalah seperti berikut:

1. Kebebasan Asasi dan Hak-hak di bawah Perlembagaan – Datuk Seri Azizah Mohd Dun (PN-Beaufort)
2. Kewangan dan Ekonomi – Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin)
3. Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri – Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai)
4. Pembangunan Infrastruktur – Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis)
5. Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak, dan Pembangunan Sosial – Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang)
6. Keselamatan – Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani)
7. Pertanian dan Perdagangan Dalam Negeri – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu)
8. Pendidikan – Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam)
9. Kesihatan, Sains dan Inovasi – Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching)

Dalam pada itu memetik laporan media, menurut Hannah Yeoh (PH-Segambut) – yang menganggotai PSC Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak, dan Pembangunan Sosial – jawatankuasa itu ditugaskan memastikan kebertanggungjawaban badan eksekutif.

“Mereka boleh memanggil penjawat awam atau menteri, dan melihat pada dasar-dasar.

“Mereka kemudiannya akan mengumpulkan dapatan berkenaan untuk dibentangkan di Parlimen. Bagaimanapun, badan eksekutif tidak terikat dengan syor PSC,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat