COVID-19: Lima Calon Presiden Chile Dikuarantin Sebelum PRU

- Advertisement -

LIMA calon presiden Chile terpaksa menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat dengan seorang lagi calon yang didapati positif COVID-19, hanya 16 hari sebelum pilihan raya umum (PRU) negara itu.

Jangkitan itu dipercayai akibat tiada penjarakan fizikal ketika berkempen, menyaksikan empat calon berhubung secara dekat dengan Gabriel Boric, calon dari pakatan Apruebo Dignidad, yang diuji positif sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, empat daripada lima calon mengambil bahagian secara maya dari rumah masing-masing dalam debat yang disiarkan di televisyen pada Khamis.

Lima daripada mereka adalah antara tujuh calon presiden yang menyertai dua perbahasan awal minggu ini.

Serentak itu, semua calon telah menangguhkan aktiviti berkempen.

Boric akan dikuarantin selama 10 hari manakala yang lain perlu mengadakan kuarantin kendiri selama tujuh hari.

Bagaimanapun, memandangkan mereka telah melengkapkan jadual vaksinasi, mereka akan menjalani ujian saringan COVID-19 sekali lagi pada hujung minggu.

Jika keputusan negatif, kesemua calon akan dapat kembali berkempen kepada umum pada Isnin.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat