Tiada keperluan PKP dilaksanakan semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Meskipun negara kini berdepan peningkatan kes Covid-19 namun tiada keperluan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, ini kerana negara dalam peringkat pemulihan dan ‘exit policy’ disamping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Menurut beliau, sekiranya PKP dilaksanakan sekali lagi, ia bakal memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi.

“Kerajaan membuat kawalan seimbang melalui kaedah pencegahan terbaik dengan membudayakan dan mengamalkan norma baharu kehidupan serta penjarakan sosial.

“Mekanisme pengurusan krisis negara yang dilaksanakan berjaya mengawal penularan Covid-19,” katanya dalam sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Redzuan berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkenaan PKP yang kini masih tidak dilaksanakan kerajaan walaupun berlaku penularan Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat