Selepas kosongkan kerusi Parlimen Petaling Jaya, Chean Chung kini sertai Bersama

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung menyertai Bersama selepas meninggalkan PKR, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengikut jejak bekas Ahli Parlimen dan pemimpin PKR seperti bekas timbalan presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli, bekas naib presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Chean Chung yang juga bekas bendahari agung dan pengarah komunikasi PKR, menyerahkan borang permohonan keahlian Bersama hari ini sebelum diterima masuk ke parti itu.

“Penyertaan Chean Chung memperkuatkan barisan kepimpinan Bersama tatkala parti giat berkembang. Beliau akan memikul tanggungjawab bersama mengemudi kempen PRN Melaka kali ini, dengan tumpuan membina jentera kempen di kawasan majoriti Cina.

“Chean Chung akan menjadi salah seorang daripada pemimpin Bersama parti ini semasa proses interim sebelum pemilihan kepimpinan baru parti yang dijangka diadakan tahun depan,” kata Rafizi, Nik Nazmi dan Syukri Razab dalam kenyataan pada Isnin.

Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Jumaat lalu dan meninggalkan PKR berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu menyusul keputusan PKR menggantung keahliannya selama 3 tahun.

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya pada PRU 2022 dan pernah menjadi Adun Semambu di Pahang selama dua penggal.

Hubungan Chean Chung dengan kepimpinan PKR dingin sejak menghadiri majlis pelancaran Bersama Mei lalu dan beliau mempertahankan kehadirannya dalam acara anjuran parti itu atas alasan hanya menyertai aktiviti diadakan di kawasan pilihan rayanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat