Agrobank umum pengecualian caj transaksi Duitnow QR

- Advertisement -

SHAH ALAM – Agrobank mengumumkan pengecualian caj ke atas peniaga yang menggunakan platform kod Duitnow QR untuk membuat pembayaran bermula 1 Oktober hingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, ia melibatkan semua peniaga di bawah rangkaian bank tersebut termasuk pengguna baru.

“Agrobank buat masa ini masih tidak mengenakan sebarang caj transaksi ke atas peniaga yang menggunakan kemudahan DuitNow QR sehingga diberitahu kelak.

“Semua peniaga boleh terus menggunakan perkhidmatan pembayaran Duitnow QR tanpa ragu seperti sediakala.

“Apa yang pasti, sebarang perubahan akan dimaklumkan terdahulu lebih awal kepada peniaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian pada 28 September melaporkan, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.

Menurutnya, jumlah bayaran yang dikenakan ke atas akaun peniaga apabila menerima bayaran melalui DuitNow akan berbeza-beza berdasarkan cara pemindahan.

Sementara itu, Tengku Ahmad Badli Shah menjelaskan, tindakan pihaknya melaksanakan penecualian itu bertujuan untuk memastikan peniaga dapat terus menikmati perkhidmatan DuitNow QR.

“Ia juga bagi memberi kesedaran sambil mewujudkan keselesaan terhadap para pengguna Perbankan Mudah Alih AGRONet untuk terus menggunakan perkhidmatan kami dengan yakin dan menggunakan DuitNow QR untuk sebarang urusan pembayaran secara tanpa tunai.

“Kami juga telah mewujudkan kempen DuitNow QR Biz Tanpa Tunai bermula 1 Oktober hingga 31 Januari depan,” ujarnya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat